Pulau di Terengganu yang mana paling best?

Bercuti di pulau peranginan memang mengasyikkan dan mendamaikan. Deruan ombak disertai angin pantai memang sangat memberi ketenangan. Apatalah lagi jika percutian anda ditemani insan tersayang mahupun keluarga tercinta. Abglibur juga sangat menyukai pulau sebab dapat menghilangkan penat dan stres bekerja. Kiranya kalau AbgLibur merasa kusut, semestinya akan menjadikan pulau di Terengganu ini tempat untuk berisirehat dan mencari ilham(orang bekerja kuat perlu ke pulau untuk mencari ilham..hehe).
pulau di terengganu
Kali ini AbgLibur bawakan anda semua menerokai pulau menarik di sekitar Terengganu. Pulau-pulai di Terengganu terkenal dengan kecantikan disertai lokasinya terletak di Laut China Selatan. Pasir putih serta laut yang kebiruan memang mengasyikkan. Jadi, jom kita terokai pulau yang menjadi pilihan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Pulau Redang

Pulau Redang yang terletak lebih kurang 45km dari pusat bandar Kuala Terengganu ini adalah sebuah pulau yang paling besar di antara pulau-pulau yang terdapat di Terengganu. Keindahan pulau ini memang tidak boleh dinafikan lagi kerana mempunyai persekitaran yang natural serta kebiruan air laut dan ditambah pula dengan pasir pantai yang putih. Untuk pengetahuan anda, banyak poster atau poskad yang mengambil gambar Pulau Redang sebagai promosi pelancongan. Kiranya Pulau ini adalah salah satu trademark pelancongan di Malaysia. Pulau Redang ini mempunyai dua buah pantai iaitu Pantai Pasir Panjang dan juga Pantai Teluk Dalam Kecil. Paling popular tempat percutian adalah di Pantai Teluk Dalam Kecil yang mempunayi resort lima bintang iaitu The Taaras Beach & Spa Resort. Salah satu resort paling famous di sini.
SUMBER : LIBURTERENGGANU.com