Genting Highlands
Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Genting International Showroom atau Pavilion, sama ada pertunjukan silap mata atau pun persembahan luncur ais. Terdapat juga peluang untuk pergi membeli-belah di First World Plaza, termasuklah melawat taman tema serta menjamu selera di restoran-restoran yang terdapat di sini.
Di First World Plaza, terdapat taman tema indoor/kompleks membeli-belah yang menyediakan pelbagai permainan menarik yang menghiburkan dan enam taman tema yang dinamakan sempena nama ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia antaranya ialah - France (Champs Elysees), England (London), Italy (Venice), America (Times Square and Universal Walk), Switzerland (Swiss Alps) dan Malaysia (Genting Walk).
Snow World pula menampilkan sebuah rumah kabin kayu, sebuah iglu, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Keadaan di sini sangat sejuk, jadi jangan lupa untuk memakai pakaian yang lebih tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Rainforest Splash Pool, di mana kolam diisi dengan air suam walaupun udara dan keadaan cuaca di sini agak sejuk.
Antara tarikan lain yang terdapat di sini termasuk Genting Sky Venture, satu-satunya simulator terjunan udara bebas yang terdapat di Asia, dan Genting X-pedition Wall, iaitu tembok panjat berbatu yang mengikut piawai antarabangsa dengan ketinggian 15 meter. Terdapat juga bowling, arked video, panggung wayang dan banyak lagi pilihan aktiviti yang menyeronokan.
Salah satu tarikan yang paling popular adalah kasino, merupakan satu-satunya di Malaysia.
Nota: Dimaklumkan bahawa Genting Outdoor Themepark ditutup bermula pada 1 September 2013 selama 3 tahun bagi tujuan pembinaan Twentieth Century Fox Theme Park. Walaubagaimanapun, lain-lain tarikan di First World Indoor Theme Park, SnowWorld, Sky Venture, Genting Bowl, Vision City dan Funtasy World Video Games Park beroperasi seperti biasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.rwgenting.com atau hubungi talian +603-2718 1118
Panduan Perjalanan
Laluan Darat
Mengambil masa kira-kira 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak.
Menaiki Bas atau Teksi
Perkhidmatan bas terus dari Kuala Lumpur-Genting terdapat di KL Sentral, Stesen Jalan Duta serta Stesen LRT Gombak.
Mengambil masa kira-kira 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak.
Menaiki Bas atau Teksi
Perkhidmatan bas terus dari Kuala Lumpur-Genting terdapat di KL Sentral, Stesen Jalan Duta serta Stesen LRT Gombak.
SUMBER : MALAYSIA.TRAVEL
No comments:
Post a Comment